am@hmetro.com.my
Shah Alam: Siasatan teknikal insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights dalam kejadian April lalu selesai esok dan hasil akan diumumkan dalam masa terdekat.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Jay Jay Dennis berkata, laporan berkenaan dijadualkan siap esok sebelum diserahkan kepada pasukan penyiasat.
“Berkenaan siasatan letupan saluran paip gas Putra Heights, saya ingin maklumkan bahawa siasatan dijadualkan siap esok. Kemudian pasukan penyiasat akan menyiapkan laporan siasatan tersebut.
“Maklumat pengumuman hasil siasatan akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya ringkas menerusi kumpulan Whatsapp, MB Selangor, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan siasatan teknikal berhubung insiden berkenaan dijangka siap pada 26 Jun ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd