“Insya-Allah kami akan berkumpul semula” -Ibu Syamsul Yusof

“Insya-Allah kami akan berkumpul semula” -Ibu Syamsul Yusof

Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail seakan memberi bayangan bahawa keluarganya akan berkumpul semula apabila memuat naik video menunjukkan suasana ketika hari raya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Datin Patimah di Insta Story, dapat dilihat dia, suami iaitu Datuk Yusof Haslam dikelilingi anak-anak, menantu serta cucu-cucu tersayang memakai baju sedondon meraikan hari raya di kediaman mereka.

Ibu Syamsul Yusof

Ibu Syamsul Yusof ‘throwback’ gambar hari raya dari tahun 2014

Video tersebut merupakan muat naik isteri kepada pengarah terkenal, Syafiq Yusof iaitu Aisyeah Zainal di Tiktok dan dikongsikan semula ibu mentuanya semalam di platform Instagram.

Dapat dilihat gambar-gambar hari raya mereka bermula tahun 2014 sehingga 2023 yang mana foto bersama Syamsul serta bekas isteri, Puteri Sarah Liyana hanya ada pada tahun tertentu sahaja.

Ibu Syamsul Yusof harap akan berkumpul semula sekeluarga

Susulan daripada itu, Datin Patimah telah menulis kapsyen seakan memberi bayangan tentang khabar baik buat mereka sekeluarga apabila akan berkumpul semula mungkin dengan kehadiran Syamsul yang sudah lama tidak berada di dalam gambar.

“Insya-Allah kami akan berkumpul semula” tulisnya ringkas.

ibu syamsul yusof

Artikel lain: Ibu Syamsul Yusof sedih lihat anak lalui takdir hidup seorang diri

Terdahulu, ibu Syamsul Yusof ada meluahkan rasa sedih apabila melihat anaknya berjuang seorang diri mengharungi takdir hidup apabila sah bercerai dengan isterinya, Ira Kazar pada 5 September 2024 selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, Syamsul ketika ditemui menyatakan masalah keluarga antara dia dan ibu bapa adalah hal peribadi dan memilih menyelesaikannya sendiri tanpa berkongsi kepada media.

Sekadar info, Syamsul Yusof telah dan Ira Kazar telah sah bercerai talak satu apabila wanita berkenaan dipercayai melanggar taklik sebanyak lima kali dimana kali pertama dilakukan pada 14 Ogos lalu dalam keadaan tanpa paksaan.

Susulan daripada itu, penceraian antara mereka telah pun berlaku pada 14 Ogos tersebut dan Ira telah memulakan tempoh edah pada tarikh yang sama.

Sumber: Instagram patimah8057

Scroll to Top