“Insya-Allah, Kemelut Rumah Tangga Mereka Akan Diselesaikan Secara Baik” – Peguam Fattah Amin

“Insya-Allah, Kemelut Rumah Tangga Mereka Akan Diselesaikan Secara Baik” – Peguam Fattah Amin

Peguam syariah mewakili pelakon, Fattah Amin iaitu Zulkifli Che Yong yakin kemelut perceraian bersama isterinya, aktres jelita Nur Fazura akan selesai pada hari ini.

Ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Zulkifli berkata perbincangan mengenai perjanjian selepas penceraian antara kedua-dua pihak peguam dan pasangan selebriti itu berlangsung dengan baik.

“Hari ini adalah lanjutan kes daripada sebutan sebelum ini di mana pihak defendan, Encik Fattah telah menyatakan bahawa pada waktu itu dia belum bersetuju untuk bercerai secara baik.

“Insya-Allah, saya sangat berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik.

“Perbincangan sebelum ini sangat-sangat positif dan saya percaya Insya-Allah hari ini dapat diselesaikan secara baik.

“Insya-Allah semua perbincangan akan dipersetujui. Wujud perbincangan secara baik antara kedua-dua belah pihak peguam.

“Kami menunggu perjanjian dari peguam pihak sana dan Insya-Allah akan dimuktamadkan,” katanya.

Pasangan suami isteri ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi proses perceraian mereka yang difailkan oleh Fazura pada 13 September lalu.

Kes perceraian mereka ditangguhkan kepada 7 Oktober ini untuk memberi masa kepada Fattah dan Fazura membincangkan isu rumah tangga mereka termasuklah memuktamadkan beberapa terma sekiranya sah bercerai.

Sementara itu, Fattah ketika ditemui usai proses perceraian itu kelihatan sugul dan hanya berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mahliigai cinta mereka yang telah terbina selama 7 tahun itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkongsioan hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, empat tahun.

Scroll to Top