“InsyaAllah Kami Akan Langsungkan Perkahwinan Tahun Ini” 

“InsyaAllah Kami Akan Langsungkan Perkahwinan Tahun Ini” 

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia menyerahkan rancangan majlis perkahwinan kepada pelakon Bella Astillah kerana bakal isterinya lebih mahir mengenai perkara itu.

Memetik mStar Online, Saddiq berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai persiapan majlis kerana lebih utamakan kehidupan selepas berkahwin.

BACA: “Saya Mencintai Bella Kerana Anak-Anaknya, Ayden & Ara” 

“Bab perancangan perkahwinan saya serahkan kepada Bella kerana dia lebih mahir. Apa yang gembirakan dia, saya turuti saja.

“Proses perkahwinan itu tidak penting kerana kita mahu lihat pengakhirannya (hidup sebagai suami isteri) lebih penting.

“InsyaAllah kami akan langsungkan perkahwinan pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Saddiq meluahkan rasa syukur di atas doa orang ramai serta menyifatkan Bella adalah anugerah buat dirinya.

“Saya rasa doa dari rakyat Malaysia memainkan peranan besar. Walaupun pada peringkat awal ia tidak di rancang, percaturan Allah itu sangat hebat.

“Bermula dari kami bekerjasama akhirnya membawa ke pertunangan. Saya sangat bersyukur kerana dalam kesulitan, Allah balas dengan kebaikan jauh lebih besar. Bagi saya Bella adalah anugerah paling besar untuk saya,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top