“Insya’Allah Kita Akan Bertemu Lagi” – Luahan Suami Nadia Kesuma Undang Sebak | Trending – Oh! Media

“Insya’Allah Kita Akan Bertemu Lagi” – Luahan Suami Nadia Kesuma Undang Sebak | Trending – Oh! Media

Trending

Pelakon Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah. Suami titip luahan sayu dan doa penuh cinta selepas pemergian isteri tercinta.


Suami kepada pelakon Allahyarham Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah berkongsi khabar duka apabila memaklumkan isterinya tercinta telah kembali ke rahmatullah.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu memaklumkan bahawa Nadia menghembuskan nafas terakhir di bumi para anbia, Jeddah pada pagi Khamis.

“Saya bersyukur dapat hantar awak” – Suami

Ohmedia suami Nadia Kesuma

Dalam hantaran penuh emosi, beliau turut berkongsi luahan hati selepas usaha pencarian isterinya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, berakhir dengan khabar duka.

Sayangku, saya akan sentiasa merindui dirimu. Saya bersyukur kerana dapat menghantar awak ke destinasi terakhirmu.

Aku mencintaimu… insya-ALLAH kita akan bertemu lagi, mudah-mudahan di jannah. Ya ALLAH, daripada-Mu kami datang dan kepada-MU kami kembali.

Nadia Kesuma menghembuskan nafas terakhir dengan tenang

Nadia Kesuma

Dalam satu lagi hantaran, Muhammad Kamarul Kabilan mengesahkan waktu pemergian isterinyaz

Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, saya ingin mengumumkan pemergian isteri tercinta saya Nadiah Kasumawati bt Abdul Karim telah kembali ke rahmatullah dengan tenang di tanah para anbia (Jeddah) pada 15 Januari 2026, jam 8.07 pagi.

Beliau turut memohon doa orang ramai agar ALLAH SWT mengurniakan keampunan dan rahmat buat Allahyarham.

Dalam hantaran sama, beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang wanita yang penuh keikhlasan dan ketaatan.

Dia adalah seorang isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia.

Ya ALLAH, ENGKAU telah menjanjikan jannah bagi mereka yang mentaati suami, dan mereka boleh memasuki jannah melalui mana-mana pintu yang mereka kehendaki.

Sesungguhnya, dia milik-MU ya ALLAH! Semoga Engkau menunaikan janji-MU.

Pssttt! Pemergian insan tersayang mengingatkan kita bahawa hidup ini sementara. Hargailah pasangan dan insan di sekeliling selagi masih diberi waktu, serta titipkan doa yang tidak pernah putus buat mereka yang telah pergi.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top