Pelakon Intan Najuwa mendedahkan beliau diganggu oleh seorang lelaki yang menggunakan beberapa akaun palsu di media sosial.
Diganggu akaun palsu
Screenshot
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid menjelaskan bahawa individu berkenaan telah mengganggunya selama beberapa bulan.
Bukan sahaja menggunakan akaun palsu untuk menghantar spam dan gangguan, lelaki itu juga dikatakan menghubungi pejabat Polo Club secara berulang kali ketika dirinya berada di situ, semata-mata untuk mengganggu.
“Dia juga sanggup menghubungi pejabat Polo Club berulang kali apabila tahu saya berada di sana, semata-mata untuk mengganggu. Perkara ini berlaku hampir setiap hari,” ciapannya hari ini.
Sehubungan itu, dia memaklumkan laporan polis telah dibuat bagi tujuan keselamatan dan meminta warganet tidak terpedaya dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh individu terbabit di media sosial.
Screenshot
“Guys, tak perlu layan individu yang tidak waras itu di Thread, okay.
“Saya sudah pun membuat laporan polis, dan individu di sebalik akaun tersebut sebenarnya seorang lelaki. Dia sudah mengganggu saya sejak beberapa bulan lalu. Jadi saya telah membuat keputusan untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa,” jelasnya.
Sebelum ini tular pengguna Threads dengan nama akaun intannajuwadatin, mendakwa pelakon itu bersifat materialistik menghabiskan duit suami malah meminta untuk menemaninya di beberapa majlis tertentu.
Screenshot
“Aku tak percaya cakap kau ni tak habis habis nak menyusahkan aku daripada dulu sampai sekaran.
“Minta beg lah minta itu minta ini dari suami tercinta. Kau tak serik-serik daripada dulu sampai sekarang tak habis habis nak minta suami tu hadiakan macam-macam,” tulis individu berkenaan.
Artikel lain: Tiga tahun berdiam diri! Intan Najuwa bersuara, mahkamah arah Rizman Ruzaini bayar RM1.3 juta
Difahamkan, pelakon itu menegaskan beliau memilih untuk tidak melayan gangguan tersebut secara langsung dan mempercayai pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber: Threads intannajuwa




