Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa mengambil kesempatan menyuarakan pendapatnya susulan insiden yang menimpa Allahyarham Zara Qairina.
Kata Intan, anak kecil itu seharusnya mendapat keadilan yang telus dan tanpa rasuah mahupun pilih kasih.
Jelasnya, pembuli harus diadili selayaknya bukan kerana mahu membalas tetapi sebagai peringatan agar isu sama tidak berlaku lagi.
“Justice for zara. Adik kecil ini berhak pada keadilan yang tulus, bersih tanpa noda rasuah dan pilih kasih.
“Jangan sesekali biarkan wang jadi alasan untuk melepaskan yang bersalah. Yang salah tetap salah dan mesti dihukum. Bukan sekadar untuk membalas, tetapi sebagai peringatan agar tiada lagi anak kecil yang jadi mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, Intan sempat menitipkan doa agar kebenaran dan keadilan buat arwah dapat ditegakkan.
“Doa kami buatmu, Zara. Insyaa-Allah, kebenaran akan menyinari jalanmu. Dan, keadilan akan ditegakkan,” luahnya.