Kini sedang hamil anak kedua, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan dia mengidam sesuatu yang pelik dan luar biasa.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Intan berkongsikan dia terasa mahu makan pencuci pinggan mangkuk kerana tertarik dengan bau lemon.
BACA: Intan Najuwa Tertekan Urus Kafe, Tak Boleh Tidur Malam Fikir Aduan Pelanggan

Bagaimanapun, Intan berseloroh mengatakan masih selamat lagi kerana tidak berbuat demikian dan hanya mengambil bau sahaja.
“Mengidam nak makan pencuci pinggan perisa lemon sebab tertarik dengan bau lemon yang segar sangat sampai rasa nak minum.
“Tapi masih selamat belum pernah minum. Teringin, jadi ambil bau saja,” katanya.
Sementara itu, Intan turut berkongsikan dia banyak menghabiskan masa berjam-jam di bilik kasut kerana suka dengan bau kotak kasut dan kasut kulit.
Dalam pada itu, Intan berkata dia gemar mengunyah ais sepanjang masa kerana mahukan rasa yang rangup dan sejuk.
“Setiap jam kena cari bau kotak kasut baru atau kulit kasut. Memang gila setiap jam saya duduk dalam bilik kasut.
“Kunyah ais 24 jam sebab selalu nak gigit benda rangup dan sejuk. Semuanya selamat, saya buat pemeriksaan, tiada anemia atau tiada kekurangan zat besi. Hanya teringin benda rangup dan sejuk setiap masa,” tulisnya.




