Intan Najuwa Nafi Show Off Kemewahan, Mahu Beri Inspirasi

Intan Najuwa Nafi Show Off Kemewahan, Mahu Beri Inspirasi

Sering berkongsikan mengenai kehidupan peribadinya di media sosial, pelakon Datin Intan Najuwa menegaskan bukan bertujuan untuk menunjuk kemewahan sebaliknya untuk memberi inspirasi kepada pengikutnya.

Memetik Utusan Online, Intan berkata sebelum kahwin lagi dia sudah biasa berkongsikan mengenai perkembangan hidupnya dan apa yang dipaparkan bukan dibuat-buat tetapi itu adalah kehidupan sebenarnya.

BACA: “Paranoid Melampau” – Intan Najuwa ‘Anxiety’ Bawa Anak Melancong

“Apa yang saya muat naik di media sosial adalah untuk menggembirakan diri sendiri dan sebagai satu cara berinteraksi dengan pengikut saya.

“Sejak belum berkahwin lagi, saya memang suka berkongsi aktiviti harian dan berharap ia boleh memberi inspirasi serta dilihat dari sudut yang positif.

“Janganlah salah anggap dan kata saya nak ‘show off’. Itu memang kehidupan sebenar saya, bukan dibuat-buat. Misalnya, saya memang tolak ‘stroller’ anak saya sendiri, bukan sekadar lakonan atau gaya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kritikan netizen, Intan berkata dia sudah biasa dengan kecaman dan hanya mengambil yang baik-baik sahaja.

“Saya memang ikuti perkembangan di media sosial, dan sudah biasa kena kecam. Tapi saya ambil yang baik sahaja. Yang negatif saya tak ambil pusing, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Sekarang ini, saya hanya fokus pada perkara yang baik dan positif. Kalau kita nak hidup tenang dan bahagia, tak perlu fikirkan sangat pasal ‘haters,” katanya.

Sumber: Utusan Online


Scroll to Top