Intan Najuwa Sanggup Buang Barang Mewah Tersenarai Dalam Boikot Produk Israel! | Trending – Oh! Media

Intan Najuwa Sanggup Buang Barang Mewah Tersenarai Dalam Boikot Produk Israel! | Trending – Oh! Media

Trending

Intan Najuwa sanggup buang barang mewah jika terbukti jenama itu termasuk dalam senarai boikot Israel. Sikap peka pelakon ini dipuji netizen!


Pelakon popular, Datin Intan Najuwa mendedahkan dirinya kini lebih berhati-hati dalam membuat pembelian barangan jenama antarabangsa, terutamanya yang dikaitkan dengan boikot produk pro-Israel.

Baru-baru ini, Intan berkongsi satu video di TikTok yang menunjukkan dirinya membuka set perkakas dapur mewah yang dipercayai daripada jenama luar negara. Namun, video itu menarik perhatian apabila ada warganet mempersoalkan sama ada jenama tersebut termasuk dalam senarai boikot.

“Saya dah semak, jenama ini tak tersenarai” – Intan Najuwa

Tidak berdiam diri, Intan tampil memberikan penjelasan dengan menyatakan bahawa dia sudah menyemak senarai rasmi BDS Movement sebelum membuat pembelian.

Saya sudah semak kedua-dua senarai boikot dan juga di laman web BDS Movement tapi jenama ini tidak tersenarai pula.

Pelakon berusia 27 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk membuang barangan tersebut jika terbukti jenama itu memang termasuk dalam senarai boikot.

Tolong beritahu saya kalau saya tersilap. Serius, kalau tersenarai, saya akan buang semua barang tu sekarang juga.

Warganet puji sikap peka Intan Najuwa

Intan Najuwa

Meninjau ke ruangan komen, ramai memuji keprihatinan Intan yang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebelum membeli barangan luar negara.

Malah, ada juga yang menasihatkannya supaya tidak membuang barangan tersebut kerana yakin jenama berkenaan tidak tersenarai dalam kempen boikot.

Bagus Intan! Sekurang-kurangnya semak dulu sebelum beli. Ramai artis lain boleh ikut cara ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Pssttt! Bagus kalau kita berhati-hati sebelum membeli. Semak dulu sumber dan latar belakang jenama supaya setiap ringgit yang dibelanjakan tidak menyumbang kepada penindasan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top