Pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya tampil bersuara selepas tiga tahun berdiam diri berhubung kes saman sivil yang difailkan oleh suaminya, Datuk Ahmad Azraf terhadap pereka fesyen, Rizman Ruzaini yang mewakili syarikat mereka, Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd.
Dalam dokumen yang dimuat naik oleh Intan sebentar tadi, mahkamah menetapkan pembayaran RM1.3 juta perlu diselesaikan oleh defenden sebelum 15 Januari ini.
BACA: Intan Najuwa Dedah Pereka Fesyen Terkenal Gagal Bayar Hutang Cecah Jutaan Ringgit
“Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan.
“Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru Pereka Fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh Mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami,” tulisnya.
Sementara itu, dokumen itu turut memberitahu bahawa mahkamah memerintahkah kadar faedah lima peratus dikenakan ke atas jumlah tersebut bermula 16 Januari 2026 sehingga bayaran diselesaikan sepenuhnya, selain kos guaman yang perlu dibayar serta merta.




