Ippo Hafiz Akhirnya Sah Bercerai, Hak Penjagaan Anak Diberikan Kepada Isteri | Oh! Artis – Oh! Media

Ippo Hafiz Akhirnya Sah Bercerai, Hak Penjagaan Anak Diberikan Kepada Isteri | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Penyanyi, Ippo Hafiz sah bercerai dengan isterinya, Fara Roslan. Hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isteri, manakala Ippo dapat hak lawatan.


Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz akhirnya sah bercerai talak satu dengan isterinya, Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada 21 Januari lalu.

Menurut laporan mStar, perkara itu disahkan oleh peguam syarie yang mewakili Ippo, Fakhrul Azman Abu Hassan, yang menyatakan proses perceraian berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Mereka telah bercerai secara baik, tidak ada sebarang masalah.

Hak penjagaan anak diputuskan

Isteri Ippo Hafiz

Fakhrul turut memaklumkan bahawa isu hak penjagaan dua cahaya mata pasangan ini telah diselesaikan secara rasmi di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.

“Hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isteri, tetapi Ippo mendapat hak lawatan.

Rumah tangga Ippo Hafiz berakhir selepas 5 tahun

Ippo Hafiz

Untuk rekod, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 36, dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka.

Fara sebelum ini telah memfailkan penceraian terhadap Ippo pada Februari 2024.

Pssttt! Perceraian bukan penamat, tetapi satu permulaan baharu. Yang penting, anak-anak tetap menjadi keutamaan walau apa pun yang berlaku.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top