Personaliti media sosial dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli, mencuri perhatian selepas berkongsi video menemani pempengaruh Siti Jamumall menjalani pemeriksaan kandungan.
Menerusi TikTok, Iqbal menjelaskan tujuan perkongsian tersebut adalah bagi mengelakkan fitnah, memandangkan Siti masih dalam tempoh iddah selepas perpisahan dengan suaminya, Aiman.
Kehadiran saya ini tidak mahu dijadikan isu atau penyebab Aiman dan Siti bergaduh.
Harap Siti dan Aiman kembali bersatu demi anak-anak
@ahmadiqbalzulkefli TEMAN @sitijamumall PERIKSA KESIHATAN BAYI. Alangkah baiknya kita saling menaikkan sesama kita, biar semua orang dapat kebaikan. Bagi saya, tiada salahnya kita saling tumpang andai semua pihak dapat kebaikan. Bisnes ni sama seperti kehidupan. Jangan sulitkan dan biar jelas. Dalam berkawan, kalau kita tidak jujur, jawapan itu akan sentiasa berubah-ubah. Akhirnya menyulitkan diri untuk cipta pen!pu@n. Jujur saja walaupun berat dan mungkin kita akan jadi tidak ramai kawan. Setuju?
♬ original sound – Ahmad Iqbal Zulkefli – Ahmad Iqbal Zulkefli
Iqbal turut meluahkan harapan agar Siti dan Aiman dapat berdamai dan kembali bersama demi anak-anak mereka, meskipun akur jika tiada lagi jodoh antara kedua-duanya.
Saya kalau boleh, nak Siti kembali pada Aiman. Kalau tiada jodoh, berbaiklah demi anak.
“Biar semua dapat kebaikan” – Iqbal Zulkefli

Dalam pada itu, Iqbal sempat berkongsi pandangan mengenai kehidupan dan perniagaan yang sepatutnya dilalui dengan kejujuran dan kejelasan.
Bisnes ini sama seperti kehidupan. Jangan sulitkan dan biar jelas.
Kalau dalam berkawan kita tak jujur, jawapan itu akan sentiasa berubah-ubah.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen memuji sopan santun dan keikhlasan Iqbal, malah ada yang berseloroh agar beliau berjodohan dengan Siti kerana nampak serasi bersama.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.