Ira Kazar Belum Terfikir Cari Pengganti, Hubungan Dengan Syamsul Yusof Kekal Baik Walaupun Tak Bersama | Oh! Media

Ira Kazar Belum Terfikir Cari Pengganti, Hubungan Dengan Syamsul Yusof Kekal Baik Walaupun Tak Bersama | Oh! Media

Bekas isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti selepas sah bercerai pada Ogos lalu. 

Dalam satu temubual bersama HibGlam, Ira berkata buat masa ini dia lebih ingin memberikan perhatian kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Terlalu awal untuk cakap fasal pengganti sebab saya tak pernah terfikir pun. Lebih kepada nak seronok dengan keluarga dan kawan. Insya-Allah akan terbuka hati kelak tetapi buat masa sekarang masih tertutup.

Hubungan Ira Kazar dengan bekas suami kekal baik

Ira juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Syamsul Yusof masih kekal baik meskipun mereka tidak lagi bersama. Baginya, tidak perlu bermusuhan walaupun sudah berpisah.

Hubungan saya dengan Syamsul okey dan baik-baik sahaja walaupun kami tidak lagi bersama. Bagi saya, tak perlu bermusuh dengan bekas suami sebab dia pernah menjadi teman hidup kita. Jadi untuk apa nak bermasam muka.

Melihat hikmah di sebalik perpisahan

Ira Kazar

Apabila ditanya mengenai kegagalan mempertahankan rumah tangga, Ira mengakui bahawa dirinya terkesan tetapi memilih untuk melihat apa yang berlaku dari sudut positif.

Nak kata kecewa tak jaga hubungan perkahwinan, ada juga sedikit cuma semua yang terjadi sudah disusun untuk setiap insan. Meskipun kita tak nak jadi begitu (cerai), perjalanan memang sudah ke arah itu, saya ikut sahaja apa Allah bagi.

Saya turut pandang ke arah kebaikan. Kadang-kadang terfikir juga kenapa tetapi kalau asyik mempersoalkan ibaratnya macam kita persoalkan kerja Tuhan.

#OhmediaNasihat

Perceraian memang sukar, tetapi menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka adalah langkah terbaik untuk move on. Untuk mereka yang melalui situasi sama, fokus kepada keluarga dan kebahagiaan diri, kerana perjalanan hidup sentiasa membawa hikmah.


Scroll to Top