Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan yang dia masih dalam hubungan yang baik dengan Syamsul walaupun dah berpisah.
BACA: Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Sah Bercerai Talak Satu
Menurut laporan Harian Metro, Ira berkata yang mereka berdua tidak menyimpan dendam walaupun rumah tangga yang dibina bersama sebelum ini tidak bertahan lama.
Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh.Â
Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan.
Tak bermusuh untuk kebaikan kedua-dua pihak

Ira juga berkata yang bermusuhan bukanlah jalan terbaik terutamanya untuk menjaga kesihatan mental dan emosi bagi kedua-dua mereka.
Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang.Â
Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami.
Fokus karier seni

Bukan tu jer, bekas isteri kepada Syamsul itu juga memberitahu yang dirinya kini lebih fokus kepada karier seni, tambah lagi apabila baru saja melancarkan single duet terbarunya bersama Alan D yang bertajuk ‘Tak Kisah’.
Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan. Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan.Â
Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya.
Untuk info, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor telah mengesahkan lafaz cerai taklik yang dilafaz Syamsul terhadap Ira pada 5 September lepas.
#OhmediaNasihat
Penting juga untuk kita melepaskan dan memilih untuk tidak bermusuhan walaupun telah berpisah macam apa yang Ira lalui demi kebaikan bersama.
