Pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih belum membuat sebarang tuntutan berkaitan harta yang pernah diberikan kepada bekas isterinya, Ira Kazar di mahkamah.
BACA: Syamsul Yusof Minta Pulangkan Harta Selepas Cerai, Ira Kazar Enggan Setuju
Menurut laporan mStar, sekiranya ada sebarang tuntutan itu adalah perbincangan di antara pihak berkaitan tapi masih belum ada sebarang kes difailkan setakat ini kata peguam Azmi Mohd Rais.
Saya tidak boleh komen kerana belum ada kes difailkan. Kalau ada pun (tuntutan), itu adalah perbincangan antara pihak-pihak.
Sebelum ini, Ira Kazar mendedahkan yang Syamsul telah meminta memulangkan beberapa harta yang diberikannya selepas mereka bercerai pada 5 September lepas.
Perkara itu juga telah disahkan oleh peguam syarie, Mohammad Fadhil Abdul Razak, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
