Pelakon Ira Kazar baru-baru ini meluahkan rasa terharu apabila menemui video dirinya berduet dengan bapanya, pelakon dan penyanyi Kazar Saisi.
Video itu, yang dimuat naik oleh pengguna TikTok sifootselow, memaparkan mereka menyanyikan lagu popular Kazar, “Memburu Impian”.
Ira terharu kenangan manis bersama bapa dirakam peminat…

Jalan Ira Kazar agak berliku, semoga dipermudahkan segala urusan.- Tulis peminat Ira.
Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, menemui video tersebut dan berkongsi rasa terharu serta kegembiraannya. Baginya, rakaman itu adalah kenangan indah bersama bapa tercinta yang akan sentiasa dikenang.
Terima kasih untuk video ini. Salah satu ciptaan memori bersama ayah tercinta saya.- Tulis Ira di ruangan komen.
Perjalanan hidup yang berliku…
Sebagai maklumat tambahan, Ira telah berkahwin dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof pada Januari tahun lalu namun sah bercerai pada 29 Ogos lepas selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul.
#OhmediaNasihat
Hargailah setiap detik bersama insan tersayang, kerana memori manis ini tidak ternilai harganya. Kadangkala, melalui kenangan bersama, kita temui kekuatan untuk terus tabah menghadapi cabaran hidup.
