Hasrat pelakon Ira Kazar untuk menuntut RM3,000 daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof tidak kesampaian.
Mahkamah hanya membenarkan Syamsul membayar RM200 sahaja walaupun Ira memberi alasan tuntutan RM3,000 itu diambil kerana menyusahkan pihaknya untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak hari ini.
Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili Syamsul beranggapan tuntutan itu tidak harus dibuat kerana kedua-dua pihak sudah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk menyelesaikan isu pelanggaran taklik pada hari sama dan menerima keputusan itu.
Jadi kami percaya sedikit sebanyak perkara itu sudah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak.
Pihak Syamsul hari ini memfailkan notis penarikan semula kes yang difailkan. Walau bagaimanapun Ira Kazar yang hadir bersama peguam memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada mahkamah.
