Oh! Tidak
Harga minyak dunia dijangka melonjak hingga AS$200 setong selepas Iran menyerang kapal tangki di perairan Iraq.
Walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berulang kali cuba berkata mereka sudah menang, Iran nampaknya tetap tidak menyerah kalah walau sedikit pun, Terkini, Iran dilaporkan membakar dua kapal tangki bahan api di perairan Iraq dan memberikan amaran kepada AS.
Serangan dipercayai dilakukan menggunakan bot sarat bahan letupan milik Iran yang menyasarkan dua kapal tangki bahan api di perairan Iraq. Akibatnya, kedua-dua kapal tersebut terbakar dan sekurang kurangnya seorang kru dilaporkan maut.
Selain itu, peluru juga dilaporkan mengenai tiga kapal dagang di kawasan Teluk. Insiden ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan tentang gangguan bekalan minyak dunia.
Akibat ketegangan ini, harga minyak dunia yang sebelum ini hampir mencecah AS$120 setong kini kembali meningkat sekitar lima peratus dalam dagangan terbaru.
Iran beri amaran harga minyak boleh naik AS$200 setong
Ketika konflik terus memuncak, Iran secara terbuka memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia dengan lonjakan harga minyak dunia yang lebih tinggi.
Bersedialah untuk minyak pada harga AS$200 setong kerana harga minyak bergantung kepada keselamatan rantau ini yang telah anda gugat.- katanya.
Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa Iran mahu memberi tekanan ekonomi kepada negara-negara yang terlibat dalam konflik tersebut.

Kesan konflik ini mula dirasai di pasaran global apabila indeks utama saham Wall Street merosot. Pasaran saham Asia turut mengikuti trend sama kerana kebimbangan terhadap bekalan tenaga dunia.
Agensi Tenaga Antarabangsa pula mencadangkan pelepasan sehingga 400 juta tong minyak daripada rizab strategik global. Langkah ini dianggap sebagai usaha terbesar dalam sejarah bagi meredakan kejutan harga minyak sejak tahun 1970 an.
Selat Hormuz jadi laluan minyak paling kritikal

Dalam masa sama, laluan penting minyak dunia di Selat Hormuz kini menjadi tumpuan utama. Laluan ini menyalurkan kira kira satu perlima bekalan minyak dunia.
Jurucakap tentera Iran turut menegaskan selat tersebut kini berada di bawah kawalan mereka.
Selat itu tanpa ragu-ragu berada di bawah kawalan Iran.- Katanya.
Situasi ini menyebabkan negara negara G7 mula meneliti kemungkinan menyediakan pengiring keselamatan bagi kapal dagang yang melalui kawasan tersebut.
Pssttt! Ohmedia nasihatkan korang supaya sentiasa peka dengan perkembangan global macam ni. Kadang kadang konflik jauh dari kita pun boleh beri kesan besar kepada harga minyak dan kos hidup seharian.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




