
AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.
IRAN mengeluarkan amaran keras susulan serangan ke atas wilayahnya oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Kami telah memberi amaran. Kini anda telah memulakan jalan yang akhirnya tidak lagi di tangan anda,” kata Ketua Suruhanjaya Keselamatan, Ebrahim Azizi.
AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai “serangan awal” terhadap musuh ketatnya bagi “menghapuskan ancaman”.
Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau berkenaan bagi memberi tekanan kepada Teheran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta susulan tindakan keras di Iran terhadap protes besar-besaran.
Presiden AS Donald Trump sebelum ini berulang kali mengancam tindakan ketenteraan sekiranya penyelesaian menerusi rundingan berhubung isu nuklear gagal dicapai.
Menurut laporan saksi dari ibu negara Iran, Teheran, kediaman pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei antara yang terkena serangan.
Bagaimanapun, Khamenei dipercayai telah dipindahkan ke lokasi selamat.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian sebelum ini mengancam perang habis-habisan sekiranya Khamenei diserang. – Bernama
Ringkasan AI
- IRAN mengeluarkan amaran keras susulan serangan ke atas wilayahnya oleh Israel dan Amerika Syarikat
- Ketua Suruhanjaya Keselamatan IRAN, Ebrahim Azizi, memberi amaran tentang akibat dari tindakan ini
- Serangan oleh AS dan Israel digambarkan sebagai “serangan awal” untuk “menghapuskan ancaman”
- Serangan itu berlatarbelakangkan peningkatan kehadiran ketenteraan AS di rantau serta tindakan keras di Iran terhadap protes
- Kediaman Ayatollah Ali Khamenei terkena serangan tetapi beliau dipindahkan ke lokasi selamat



