Iran beri amaran pembalasan keras jika serangan orang awam berulang

Iran beri amaran pembalasan keras jika serangan orang awam berulang
Iran beri amaran pembalasan keras jika serangan orang awam berulang

Zolfaghari memberi amaran sebarang ulangan serangan ke atas orang awam akan disambut dengan tindak balas yang lebih dahsyat dan meluas. Foto Agensi

TEHERAN – Jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya, Ebrahim Zolfaghari memberi amaran sebarang ulangan serangan ke atas orang awam akan disambut dengan tindak balas yang lebih dahsyat dan meluas, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

“Kami telah menyatakan sejak awal bahawa sebarang pencerobohan terhadap sasaran awam akan disambut dengan tindak balas berganda terhadap kepentingan musuh di mana-mana di rantau ini.

“Jika serangan ke atas sasaran awam diulang, fasa seterusnya operasi serangan dan serangan balas kami akan dilakukan dengan lebih hebat dan meluas, dan kerugian musuh serta kemusnahan daripada meneruskan pendekatan ini akan berlipat kali ganda,” tambahnya.- Bernama-MNA

Scroll to Top