Ketegangan di Timur Tengah kembali memuncak apabila Iran berikrar akan membuat Amerika Syarikat menyesal selepas republik Islam itu diserang. Situasi ini juga membuatkan Selat Hormuz kembali menjadi perhatian dunia kerana laluan itu sangat penting untuk perdagangan minyak global.
Apa yang lebih membimbangkan, konflik ini turut memberi kesan kepada harga minyak dunia yang melonjak. Pakar tenaga memberi amaran perang yang semakin tegang boleh membawa gangguan bekalan minyak terbesar dalam sejarah industri.
Iran beri amaran kepada Amerika Syarikat

Iran memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat dan menegaskan mereka tidak akan berundur walaupun tekanan semakin meningkat. Ketua keselamatan Iran, Ali Larijani menyatakan bahawa perang bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dengan mudah melalui kenyataan di media sosial.
Walaupun memulakan perang adalah mudah, ia tidak boleh dimenangi dengan beberapa ciapan dan Iran tidak akan berundur sehingga membuat AS menyesal atas kesilapan besar itu.- Katanya.
Dalam masa sama, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pula menyatakan bahawa menewaskan Iran lebih penting berbanding kesan terhadap harga minyak mentah dunia.
Selat Hormuz jadi tumpuan dunia

Isu Selat Hormuz kini menjadi fokus utama kerana laluan sempit itu merupakan salah satu laluan perdagangan tenaga paling penting di dunia. Dianggarkan kira kira satu per empat perdagangan minyak dunia melalui laluan laut di kawasan ini.
Selat Hormuz yang terletak berhampiran Iran hanya selebar kira kira 54 kilometer pada titik paling sempit. Laluan ini juga menyumbang sekitar satu perlima bekalan gas asli cecair dunia.
Pemimpin Iran sebelum ini turut menyatakan bahawa pengaruh terhadap Selat Hormuz boleh digunakan sebagai tekanan terhadap laluan perdagangan tenaga global.
Iran mahu gencatan senjata

Dalam perkembangan lain, Iran turut memberi bayangan bahawa mereka sebenarnya mahu menamatkan konflik yang berlaku. Timbalan Menteri Luar Iran, Majid Takht Ravanchi berkata Tehran sudah berhubung dengan beberapa negara sahabat untuk mencari jalan damai.
Kami memberitahu mereka perkara yang sama, bahawa kami mahu gencatan senjata menjadi sebahagian daripada formula keseluruhan untuk menamatkan perang sama sekali.- Katanya.
Menurut Kementerian Kesihatan Iran, lebih 1,200 orang telah terbunuh sejak konflik tercetus. Malah, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu melaporkan kira kira tiga juta orang terpaksa berpindah akibat perang berkenaan.
Pssttt! Kita berdoalah agar konflik seperti ini dapat diselesaikan secara damai kerana peperangan bukan sahaja meragut nyawa, malah memberi kesan besar kepada ekonomi dan kehidupan orang awam di seluruh dunia.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




