Iran Berjaya Tembak Jatuh Pesawat C-130 AS

Iran Berjaya Tembak Jatuh Pesawat C-130 AS

Oh! Tidak

Pesawat C-130 AS didakwa ditembak jatuh Iran, konflik Iran makin tegang dan situasi semakin kritikal.


Iran sekali lagi menarik perhatian dunia apabila berjaya menembak jatuh pesawat C-130 milik Amerika Syarikat di selatan Isfahan pada Ahad.

Menurut laporan, pesawat tersebut dikatakan musnah selepas menerima tembakan hebat daripada pasukan khas polis Iran, namun setakat ini masih belum ada pengesahan rasmi daripada pihak AS.

Pesawat C-130 AS jatuh di kawasan Selatan Isfahan

Donald Trump

Dalam laporan yang dikeluarkan, agensi berita separa rasmi Iran memaklumkan bahawa pesawat sokongan milik AS itu berjaya dijatuhkan ketika berada di kawasan selatan Isfahan.

Dakwaan ini terus menjadi tanda tanya kerana pihak Amerika Syarikat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Beberapa laporan awal di media sosial dari pihak AS pula mendakwa bahawa pesawat tersebut mungkin telah diletupkan sendiri oleh tentera mereka.

Ini kerana ia dikatakan sebahagian daripada usaha menyelamatkan kru jet pejuang F-15 yang sebelum ini ditembak jatuh di Iran, bagi mengelakkan aset ketenteraan jatuh ke tangan pihak lawan.

Namun, semua ini masih belum disahkan dan kekal sebagai spekulasi setakat ini.

Ketegangan Iran semakin memuncak

Iran

Untuk korang yang ikut perkembangan semasa, konflik Iran dengan AS dan Israel memang dah lama panas.

Sejak serangan bersama pada 28 Februari lalu, lebih 1,340 nyawa dilaporkan terkorban termasuk pemimpin tertinggi Iran ketika itu, Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke beberapa negara termasuk Israel, Jordan, Iraq dan kawasan Teluk yang ada aset ketenteraan AS.

Malah, Iran juga bertindak mengehadkan pergerakan kapal di Selat Hormuz, yang boleh beri kesan besar kepada ekonomi global.

Pssttt! Situasi macam ni memang nampak jauh dari kita, tapi impaknya boleh sampai ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Ohmedia nasihatkan korang untuk sentiasa ambil tahu perkembangan semasa, tapi jangan mudah percaya semua info tanpa pengesahan sah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top