Iran Isytihar Kemenangan Sejarah Selepas Konflik 40 Hari Dengan AS Dan Israel

Iran Isytihar Kemenangan Sejarah Selepas Konflik 40 Hari Dengan AS Dan Israel

Oh! Tidak

Iran isytihar kemenangan sejarah selepas konflik 40 hari dengan AS dan Israel, dakwa musuh terpaksa tunduk.


Iran dilaporkan mengisytiharkan kemenangan besar selepas 40 hari konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel. Menurut laporan, Teheran mendakwa pihak lawan akhirnya terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan mereka.

Perkara ini diumumkan dalam kenyataan rasmi yang turut menyebut bahawa pihak lawan kini tiada pilihan selain tunduk kepada syarat yang ditetapkan Iran. Situasi ini sekali gus mencetuskan perhatian dunia terhadap perkembangan terbaru di Asia Barat.

AS dan haram jadah Israel terpaksa tunduk kepada Iran

Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Amerika Syarikat dikatakan bersetuju dengan cadangan damai yang mengandungi 10 perkara penting.

Antaranya termasuk gencatan senjata kekal dan pengunduran tentera Amerika dari rantau tersebut.

Selain itu, Iran turut menuntut penghapusan sekatan ekonomi serta jaminan tiada lagi serangan terhadap negara itu. Malah, mereka juga mahu pengiktirafan kawalan ke atas Selat Hormuz serta penerimaan terhadap program pengayaan nuklear mereka.

Konflik 40 hari didakwa lemahkan AS

Konflik yang berlarutan selama 40 hari itu didakwa menyaksikan Iran bersama sekutunya melancarkan serangan besar-besaran. Serangan ini dikatakan memberi kesan kepada keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat.

Malah, Iran mendakwa Washington mula menyedari kegagalan mereka seawal 10 hari pertama konflik. Keadaan itu kemudian mendorong usaha rundingan bagi mencapai gencatan senjata.

Rundingan lanjut bakal diadakan

Iran

Perkembangan ini berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan penangguhan serangan selama dua minggu. Namun, ia datang dengan syarat Iran perlu membuka semula laluan di Selat Hormuz.

Dalam masa sama, Iran menegaskan rundingan lanjut akan diadakan di Islamabad dalam tempoh dua minggu. Negara itu juga menyatakan mereka kekal bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pssttt! Dunia politik memang penuh dengan drama dan strategi yang sukar dijangka. Apa pun, korang kena sentiasa tapis dan faham setiap berita dengan bijak supaya tak mudah terpengaruh dengan satu sudut sahaja.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top