Iran Jamin Keselamatan Kapal Bukan Musuh Di Selat Hormuz

Iran Jamin Keselamatan Kapal Bukan Musuh Di Selat Hormuz

Oh! Tidak

Iran jamin kapal bukan musuh boleh lalu Selat Hormuz dengan syarat patuh keselamatan dan tidak sokong pencerobohan.


Situasi di Selat Hormuz nampaknya mula ada sedikit kelegaan apabila Iran tampil dengan jaminan terbaru. Dalam keadaan konflik masih panas, keputusan ini sedikit sebanyak beri harapan kepada perkapalan global.

Ohmedia tengok, langkah ini juga penting sebab Selat Hormuz bukan laluan biasa. Ia antara laluan minyak paling kritikal dunia, jadi apa saja perubahan memang beri kesan besar kepada ekonomi global.

Semua kapal boleh lalu dengan selamat kecuali kapal musuh Iran!

Iran

Iran menegaskan bahawa kapal tangki minyak berstatus bukan musuh masih dibenarkan melalui Selat Hormuz. Tapi ada syarat yang perlu dipatuhi, termasuk ikut peraturan keselamatan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Tehran.

Kapal bukan musuh boleh mendapat manfaat daripada laluan selamat melalui Selat Hormuz, asalkan mereka mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan.

Mereka juga tidak terbabit dalam sebarang bentuk sokongan kepada tindakan agresif terhadap negara itu.- Katanya.

Amaran keras kepada AS dan Israel

Ohmedia netanyahu israel

Dalam masa sama, Iran beri amaran tegas kepada pihak yang dianggap musuh seperti Amerika Syarikat dan Israel. Mana-mana aset yang ada kaitan dengan dua negara ini tidak akan diberi kelebihan laluan tersebut.

Peralatan kapal dan sebarang aset milik pihak penceroboh — iaitu Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel serta sekutu mereka, tidak layak mendapat pelepasan bagi kategori laluan ‘bukan musuh’.- Tegasnya.

Iran juga menyalahkan kedua-dua negara itu atas ketegangan yang berlaku. Mereka mendakwa tindakan tersebut telah menggugat kestabilan rantau dan membahayakan laluan perkapalan antarabangsa.

Kesan kepada harga minyak dan rundingan damai

Sejak konflik tercetus, Iran sebelum ini menutup hampir keseluruhan laluan Selat Hormuz. Ini menyebabkan harga minyak dan gas dunia melonjak secara mendadak kerana laluan ini mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak global.

Namun kini, langkah membuka semula laluan kepada kapal bukan musuh dilihat sebagai usaha menyeimbangkan ekonomi dan tekanan politik. Dalam masa sama, Amerika Syarikat juga dilaporkan sudah menghantar pelan damai kepada Iran.

Walaupun begitu, rundingan masih belum disahkan sepenuhnya oleh Iran. Konflik juga masih belum benar-benar reda dengan beberapa insiden serangan masih berlaku.

Pssttt! Dalam situasi macam ni, jelas betapa pentingnya kestabilan global sebab ia terus beri kesan pada harga minyak dan ekonomi kita juga. Harapnya rundingan damai betul-betul jadi kenyataan supaya dunia tak terus berdepan ketegangan yang berpanjangan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top