Iran kecam serangan terhadap pusat akademik

Iran kecam serangan terhadap pusat akademik
Iran kecam serangan terhadap pusat akademik

Serangan Amerika Syarikat-Israel menyasarkan sebuah bangunan di Universiti Teknologi Isfaham mengakibatkan kerosakan harta benda. – Agensi

TEHERAN – Kementerian Luar Iran mengecam sekeras-kerasnya serangan AS-Israel ke atas universiti-universiti di Iran, dengan menyifatkan bedilan itu menunjukkan permusuhan terhadap kemajuan saintifik negara berkenaan, lapor agensi berita Mehr (MNA).

“Menyasarkan universiti dan pusat saintifik bukanlah sesuatu yang lazim dalam mana-mana konflik bersenjata, kecuali jika musuh telah mencapai tahap terdesak sehingga tersilap mempercayai bahawa mereka boleh menyekat aliran dinamik sains dan industri dengan memusnahkan kemudahan saintifik secara fizikal,” kata jurucakap kementerian, Esmaeil Baghaei dalam satu nota yang diterbitkan pada Ahad.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada pengeboman AS-Israel ke atas Universiti Teknologi Isfahan pada Rabu dan serangan terhadap Universiti Sains dan Teknologi Tehran pada Jumaat.

Beliau berkata walaupun serangan itu dikesali, ia juga menekankan daya tahan dan kemajuan pusat akademik serta pusat penyelidikan tempatan Iran.

Baghaei berkata pihak penceroboh tidak akan mencapai objektif yang mereka sasarkan. – Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Luar Iran mengecam serangan AS-Israel terhadap universiti di Iran.
  • Serangan ini menunjukkan permusuhan terhadap kemajuan saintifik Iran.
  • Universiti Teknologi Isfahan dan Universiti Sains dan Teknologi Tehran menjadi sasaran.
  • Iran menekankan daya tahan dan kemajuan pusat akademik mereka.
  • Penceroboh tidak akan mencapai objektif mereka.
Scroll to Top