Iran laksana hukuman potong tangan terhadap dua pencuri

Iran laksana hukuman potong tangan terhadap dua pencuri

Tehran: Pihak berkuasa Iran telah memotong tangan dua lelaki yang telah berulang kali disabitkan kesalahan mencuri, kata badan kehakiman pada Selasa.

Hukuman itu diteruskan selepas keputusan yang diputuskan oleh mahkamah di wilayah tengah Isfahan dikekalkan oleh mahkamah agung, kata laman web berita badan kehakiman, Mizan Online.

“Hukuman potong tangan dilakukan terhadap dua pencuri profesional, yang disabitkan atas pelbagai kesalahan termasuk mencuri, vandalisme dan kecederaan badan dengan sengaja,” kata ketua hakim negara Isfahan Asadollah Jafari kepada Mizan.

Beliau berkata badan kehakiman akan terus mengambil pendirian tegas terhadap tindakan yang mengancam keselamatan awam.

Awal bulan ini, Ketua Polis Iran Ahmad-Reza Radan berkata menangani kecurian dompet dan telefon bimbit adalah “keutamaan yang akan ditangani polis dengan tegas”.

Kanun keseksaan berasaskan syariah yang diperkenalk

an di Iran selepas revolusi Islam 1979 memperuntukkan amputasi sebagai hukuman bagi kesalahan tertentu, walaupun kumpulan hak asasi manusia telah mengecam pelaksanaannya sebagai “kejam” dan “tidak berperikemanusiaan”.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top