
Serangan terus menyasarkan pangkalan tentera AS di negara Teluk. Foto AFP
TEHERAN – Angkatan Tentera Laut Iran pada Sabtu melancarkan gelombang serangan dron menyasarkan Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) ketika perang ganas di Asia Barat memasuki minggu kedua.
“Serangan dilancarkan dengan sasaran tepat ke atas kedudukan musuh,” lapor agensi berita IRNA memetik kenyataan jurucakap tentera.
Antara lokasi yang disasarkan ialah pangkalan tentera al Minhad di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan sebuah lagi di Kuwait serta kemudahan strategik di Tel Aviv.
Dalam perkembangan berkaitan, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sedia ‘menyambut’ ketibaan tentera AS yang mengiringi kapal perdagangan menyeberangi Selat Hormuz yang ditutup sejak perang meletus.
“Kami sedang menunggu kehadiran mereka. Kami menasihatkan AS agar mengimbas kembali insiden kebakaran kapal tangki Bridgeton pada 1987 serta serangan ke atas kapal tangki lain baru-baru ini sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal merugikan mereka sendiri,” tegas jurucakap IRGC, Ali Mohammad Naini sebagai respons terhadap pengumuman dibuat Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright. – AFP
Ringkasan AI
- Angkatan Tentera Laut Iran melancarkan serangan dron kepada Israel dan pangkalan AS di minggu kedua perang di Asia Barat
- Serangan dilakukan pada lokasi strategik termasuk pangkalan tentera di UAE dan Kuwait serta kemudahan di Tel Aviv
- Kor Pengawal Revolusi Islam bersedia menangani tentera AS di Selat Hormuz
- Jurucakap IRGC, Ali Mohammad Naini, mengingatkan AS tentang insiden kebakaran kapal tangki sebelumnya sebagai amaran
- Serangan ini sebagai respons terhadap pengumuman Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright



