Iran lancar lebih 40 misil ke sasaran AS dan Israel

Iran lancar lebih 40 misil ke sasaran AS dan Israel
Iran lancar lebih 40 misil ke sasaran AS dan Israel

Sebuah peluru berpandu Iran memasuki ruang udara wilayah yang diduduki Israel. -Agensi

TEHERAN – Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Rabu mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan kira-kira 40 misil ke arah sasaran Amerika Syarikat dan Israel, pada hari kelima konflik di Asia Barat.

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen negara, IRGC berkata:“Beberapa jam lalu, gelombang ke-17 Operasi Janji Benar 4 telah dilaksanakan dengan pelancaran 40 misil oleh pasukan aeroangkasa IRGC, terhadap sasaran Amerika dan Zionis,”.

Tiada butiran lanjut diberikan mengenai lokasi sasaran atau jumlah kerosakan yang dialami.

Serangan ini berlaku ketika konflik semakin meluas, dengan Israel dan AS turut melakukan serangan balas terhadap sasaran Iran, termasuk kompleks nuklear dan infrastruktur ketenteraan.

Ketegangan di rantau Teluk semakin meningkat, dan pasaran tenaga global terus memantau perkembangan, kerana risiko gangguan bekalan minyak dan gas meningkat.- Agensi

Ringkasan AI

  • Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran melancarkan kira-kira 40 misil ke arah sasaran Amerika Syarikat dan Israel
  • Pelancaran itu merupakan gelombang ke-17 Operasi Janji Benar 4
  • Tiada butiran mengenai lokasi sasaran atau jumlah kerosakan diberikan
  • Serangan ini merupakan sebahagian daripada konflik yang semakin meluas di Asia Barat
  • Ketegangan di rantau Teluk dan risiko gangguan bekalan minyak dan gas meningkat
Scroll to Top