Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi

Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi
Iran lantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai ketua keselamatan tertinggi

Mohammad Bagher Zolghadr. Foto Agensi

ISTANBUL – Iran melantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Negara, bagi menggantikan Ali Larijani yang terkorban dalam serangan Israel-Amerika Syarikat (AS), menurut pejabat presiden pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bekas komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Penentuan Kepentingan Iran.

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan lain termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pembantu kepada ketua kehakiman bagi hal ehwal strategik.

Zolghadr menggantikan Larijani yang terkorban dalam serangan udara AS-Israel di Teheran pada 17 Mac.

AS dan Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Februari, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Teheran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, sehingga mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan. – Bernama-Anadolu

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Iran melantik Mohammad Bagher Zolghadr sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Negara menggantikan Ali Larijani yang terkorban dalam serangan Israel-AS
  • Zolghadr merupakan bekas komander Kor Pengawal Revolusi Islam dan mempunyai pengalaman dalam pelbagai jawatan strategik
  • Larijani terkorban dalam serangan udara AS-Israel di Tehran pada 17 Mac
  • Serangan AS dan Israel ke atas Iran sejak 28 Feb telah mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Ayatollah Ali Khamenei
  • Tehran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu menyasarkan Israel dan sekutunya, mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur
Scroll to Top