Iran namakan Alireza Arafi teraju kepimpinan sementara selepas kematian Khamenei

Iran namakan Alireza Arafi teraju kepimpinan sementara selepas kematian Khamenei

Tehran: Iran melantik Ayatollah Alireza Arafi ke dalam majlis kepimpinan sementaranya yang akan menerajui negara susulan pembunuhan pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, hari ini.

“Majlis Penilaian Kepentingan Negara telah memilih Ayatollah Alireza Arafi sebagai ahli majlis kepimpinan sementara,” kata jurucakap majlis Mohsen Dehnavi dalam satu catatan di X.

Majlis sementara yang juga akan merangkumi presiden dan ketua badan kehakiman akan memimpin negara sehingga Dewan Pakar memilih pemimpin tetap secepat mungkin.

Terdahulu, televisyen kerajaan Iran mengesahkan kematian Khamenei pada awal Ahad, beberapa jam selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pembunuhan ulama berusia 86 tahun itu.

Susulan itu, Iran mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari dan tujuh cuti umum.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top