Iran secara rasmi umum Selat Hormuz ditutup kepada kapal sekutu musuh

Iran secara rasmi umum Selat Hormuz ditutup kepada kapal sekutu musuh
Iran secara rasmi umum Selat Hormuz ditutup kepada kapal sekutu musuh

Jika terdapat pihak yang berdegil, mereka bakal berhadapan tindakan tegas.- Agensi

TEHERAN – Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Jumaat mengeluarkan arahan rasmi bahawa Selat Hormuz kini ditutup dan semua kapal yang bergerak dari atau ke pelabuhan sekutu musuh Iran dilarang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perhubungan Awam IRGC, tindakan itu susulan apa yang digambarkan sebagai ‘pembohongan Presiden Amerika Syarikat yang korup’ mengenai status keterbukaan selat strategik tersebut.

Menurut kenyataan itu: “Pagi ini, tiga kapal kontena dari pelbagai negara cuba memasuki koridor yang dibenarkan untuk kapal sah tetapi telah dihalang dan diarahkan berpatah balik oleh Tentera Laut IRGC.”

IRGC menegaskan bahawa ‘sebarang pergerakan dalam Selat Hormuz akan dihadapi dengan tindak balas keras’.

Selain itu, transit kapal ‘dari atau ke’ pelabuhan sekutu dan penyokong musuh Zionis-Amerika, tidak kira destinasi atau koridor yang digunakan diharamkan sepenuhnya.

Langkah ini menambah ketegangan di kawasan Teluk yang strategik yang mana kira-kira 20 peratus pengeluaran minyak global dan gas asli cecair melalui Selat Hormuz setiap hari.

Kenyataan IRGC itu dijangka akan memberi impak besar terhadap pasaran tenaga global, terutamanya ketika harga minyak telah melonjak susulan konflik di Asia Barat.- Agensi

Ringkasan AI

  • Pasukan Pengawal Revolusi Islam menutup Selat Hormuz
  • Semua kapal dari pelabuhan sekutu musuh Iran dilarang
  • Tiga kapal kontena dihalang oleh Tentera Laut IRGC
  • Pergerakan di Selat Hormuz akan dihadapi dengan tindak balas keras
  • Langkah ini boleh menjejaskan pasaran tenaga global
Scroll to Top