Iran serang loji janakuasa, penyahgaraman air Kuwait

Iran serang loji janakuasa, penyahgaraman air Kuwait
Iran serang loji janakuasa, penyahgaraman air Kuwait

Serangan tersebut menyebabkan kerosakan material pada beberapa komponen loji berkenaan.

KUWAIT – Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Diperbaharui Kuwait mengumumkan pada pagi Jumaat bahawa satu daripada loji janakuasa dan penyahgaraman air telah diserang oleh Iran, lapor Agensi Berita Emirates (WAM), memetik media tempatan.

Agensi Berita Kuwait (KUNA) memetik jurucakap rasmi kementerian Fatima Hayat sebagai berkata, serangan itu berlaku pada waktu subuh Jumaat menyebabkan kerosakan material pada beberapa komponen loji berkenaan.

Beliau menambah bahawa pasukan teknikal dan kecemasan segera memulakan operasi mengikut pelan kecemasan yang diluluskan bagi menangani kesan kejadian itu serta mengekalkan kecekapan operasi. – Bernama 

 

 

 

Scroll to Top