Oh! Tidak
Iran beri jaminan tidak akan menutup Selat Hormuz tetapi tetap pertahankan hak menjaga keselamatan laluan penting itu.
Selat Hormuz kini jadi perhatian dunia apabila Iran tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kemungkinan laluan perkapalan penting itu akan ditutup.
Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menegaskan bahawa negaranya tidak bercadang untuk menutup Selat Hormuz, namun tetap berhak memastikan keselamatan laluan air strategik tersebut.
Iran tegaskan tidak akan tutup Selat Hormuz

Iravani menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan wartawan PBB berhubung kenyataan Pemimpin Agung baharu Iran, Mojtaba Khamenei yang sebelum ini menyentuh tentang isu sekatan di Selat Hormuz.
Menurutnya, Iran tidak mempunyai rancangan untuk menutup laluan perkapalan penting yang menjadi nadi perdagangan global itu.
Kami tidak akan menutup Selat Hormuz. Tetapi adalah hak semula jadi kami untuk memelihara keamanan dan keselamatan di laluan air ini.- Katanya.
Iran hormati prinsip kebebasan pelayaran

Dalam masa sama, Iravani turut menegaskan bahawa Iran menghormati sepenuhnya prinsip kebebasan pelayaran yang termaktub di bawah undang-undang laut antarabangsa.
Bagaimanapun, situasi semasa di rantau ini, termasuk di Selat Hormuz, bukan hasil daripada pelaksanaan sah hak Iran untuk mempertahankan diri.
Sebaliknya, ia adalah akibat langsung daripada tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menggugat kestabilan dengan melancarkan pencerobohan terhadap Iran dan menjejaskan keselamatan serantau.- Katanya.
Pssttt! Harapnya semua pihak dapat cari jalan damai supaya keadaan kekal stabil dan tidak memberi kesan kepada orang ramai.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



