Oh! Negara
Kapal Indonesia terkandas di Selat Hormuz, timbul spekulasi ketegangan Iran akibat faktor geopolitik.
Dua buah kapal tangki minyak Indonesia iaitu Pertamina Pride dan Gamsunoro dilaporkan masih terkandas setakat Sabtu. Pertamina Pride kini berada di perairan utara Dammam, Arab Saudi manakala Gamsunoro pula membawa kargo pihak ketiga.
Iran sebelum ini membenarkan negara tertentu menggunakan laluan Selat Hormuz termasuk China, Rusia, Malaysia, India, Iraq dan Pakistan. Ini menunjukkan akses laluan tersebut bukan terbuka sepenuhnya.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi sebelum ini menjelaskan laluan itu diberikan keutamaan kepada negara yang dianggap rakan atau tidak terlibat dalam konflik semasa.
Faktor geopolitik Indonesia jadi tanda tanya

Situasi ini mula mencetuskan spekulasi apabila kapal Indonesia tidak termasuk dalam senarai negara yang diberi laluan. Ada pihak melihat ia mungkin berkait dengan keputusan politik Indonesia sebelum ini.
Penganalisis ekonomi, Bhima Yudhistira berpendapat ia mungkin ada kaitan dengan penyertaan Indonesia dalam Lembaga Keamanan tajaan Donald Trump serta hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Langkah tersebut mungkin ditafsirkan sebagai kecenderungan kepada blok Barat, sekali gus menyebabkan Iran lebih berhati-hati dalam memberi kebenaran.- Katanya.
Selain itu, pakar undang-undang antarabangsa, Hikmahanto Juwana turut tidak menolak kemungkinan faktor pendirian politik Indonesia mempengaruhi keputusan Iran, walaupun berharap ia sekadar isu teknikal.
Rundingan masih berjalan, ada perkembangan positif

Dalam perkembangan terkini, Menteri Tenaga Indonesia, Bahlil Lahadalia memaklumkan rundingan dengan Iran masih diteruskan. Namun, proses itu agak mencabar kerana banyak negara lain turut berebut laluan sama.
Walaupun begitu, jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Yvonne Mawengkang menyatakan rundingan kini sudah masuk ke peringkat teknikal dan operasi, menunjukkan ada sedikit perkembangan positif.
Untuk pengetahuan korang, Selat Hormuz adalah laluan kritikal yang menyalurkan sekitar 20 peratus bekalan minyak dunia. Jadi kalau berlaku sekatan, memang boleh beri kesan besar kepada harga minyak dan ekonomi global.
Pssttt! Dalam dunia yang penuh dengan konflik geopolitik ni, setiap keputusan negara boleh beri kesan besar walaupun nampak kecil. Ohmedia nasihatkan korang supaya sentiasa peka dengan isu global sebab akhirnya ia tetap akan beri impak pada ekonomi dan kehidupan kita juga.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




