Iraq lanjut tempoh penutupan ruang udara 72 jam lagi

Iraq lanjut tempoh penutupan ruang udara 72 jam lagi
Iraq lanjut tempoh penutupan ruang udara 72 jam lagi

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan pada Sabtu pelanjutan penutupan ruang udara negara itu bagi semua penerbangan tiba, berlepas dan transit untuk tempoh 72 jam lagi bermula waktu tengah hari. Foto hiasan

BAGHDAD – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan pada Sabtu pelanjutan penutupan ruang udara negara itu bagi semua penerbangan tiba, berlepas dan transit untuk tempoh 72 jam lagi bermula waktu tengah hari, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat susulan penilaian berterusan terhadap situasi keselamatan dan perkembangan serantau, sambil menambah bahawa langkah tersebut akan disemak semula mengikut perubahan keadaan semasa.

Penutupan itu adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak berkuasa Iraq di tengah-tengah ketegangan yang semakin meruncing berkaitan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel, dan Iran. – Bernama-QNA

Ringkasan AI

  • Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan pelanjutan penutupan ruang udara selama 72 jam lagi
  • Penutupan ini berlaku untuk semua penerbangan tiba, berlepas dan transit bermula waktu tengah hari
  • Keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian berterusan terhadap situasi keselamatan dan perkembangan serantau
  • Langkah tersebut akan disemak semula mengikut perubahan keadaan semasa
  • Penutupan itu merupakan langkah berjaga-jaga di tengah-tengah ketegangan yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel, dan Iran
Scroll to Top