Irfan Akhirnya Dedah Detik Percintaan Kakak Dan Fattah Amin

Irfan Akhirnya Dedah Detik Percintaan Kakak Dan Fattah Amin

Oh! Artis

Irfan Haris dedah detik perkenalan Amira Othman dan Fattah Amin yang rupanya bermula dari konsert Siti Nurhaliza.


Siapa sangka, hubungan Amira Othman dengan Fattah Amin yang kini makin hangat rupanya ada kisah manis di sebaliknya. Rahsia ini akhirnya terbongkar bila adiknya sendiri, penyanyi Irfan Haris, buka cerita dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Kata Irfan, semuanya bermula pada 14 Disember tahun lalu ketika Amira dan Fattah hadir menonton konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Judika. Dari situlah mereka mula berkenalan dan hubungan itu perlahan-lahan berkembang.

Saya rasa detik permulaan perkenalan mereka ini di konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya tak pasti tapi saya rasa mereka mula berkenalan di situ.- Jelas Irfan.

Fattah Amin tunjuk sikap gentleman…

Fattah Amin

Yang lebih menarik, Irfan bongkar sisi matang Fattah bila dia pilih untuk bertemu keluarga Amira terlebih dahulu sebelum rapat dengan Amira.

Bila nak berkenalan itu Fattah sangat gentleman di mana dia mengambil langkah untuk berjumpa dengan keluarga.

Bagi saya ia bagus kerana itulah lelaki sebenar… nak kenal orang itu kena jumpa ibu bapa mereka dulu.- Katanya.

Menurut Irfan, waktu itu dia sendiri tak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan kerja. Katanya, dia rasa terkilan sebab tak dapat saksikan momen penting itu bersama kakaknya.

Kirim salam sebelum mula berkenalan…

Rupanya, sebelum semua itu terjadi, Fattah dah pun kirim salam pada Amira melalui pengurusnya, Sakirin Acha. Mereka memang sudah lama saling mengenali sebelum betul-betul berhubung secara serius.

Dan akhirnya, pada 8 September lalu, Fattah buat kejutan manis dengan mengumumkan bahawa mereka bakal bernikah pada Ahad ini. Dari sekadar rakan sekerja, pasangan ini kini bakal melangkah ke fasa baru sebagai suami isteri.

Pssttt! Kadang-kadang benda yang nampak kecil seperti berjumpa keluarga dulu sebenarnya beri kesan besar dalam hubungan. Ohmedia rasa tindakan Fattah ini patut dijadikan contoh untuk lelaki di luar sana. Kalau korang serius nak kenal seseorang, jangan skip langkah penting ni. Bukan saja nampak lebih matang, tapi juga buat hati keluarga pasangan lebih tenang.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top