Perkongsian terkini penyanyi, Irfan Haris di platform TikTok miliknya mencuri tumpuan ramai.
Menerusi muat naik tersebut, Irfan seolah-olah memberi bayangan bahawa kakaknya, Amira Othman bakal mendirikan rumah tangga bersama aktor, Fattah Amin seperti yang heboh sejak kebelakangan ini.
Apa yang mencuri tumpuan adalah Irfan berkongsi foto memaparkan foto mereka sekeluarga, namun kelibat Fattah yang memakai baju Melayu berona pink sedondon dengan Amira meraih tanda tanya.
“Macam mana semua sepantas ini ya Kak Ya? (Panggilan Amira), kita buat-buat tak faham saja la.
“Segenap rasa dan segenap takdir, semuanya dari Illahi,” tulisnya ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan doa yang terbaik buat Amira dan Fattah sekiranya benar mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Malah, ada juga segelintir daripada netizen mendakwa mereka berdua akan mendirikan rumah tangga pada bulan Oktober ini.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Didakwa Bakal Tamat Zaman Solo, Pengurus Tampil Respons – “Jangan Risau Kami Tak Sorok-Sorok”
Artikel Berkaitan: Serba Putih Macam Pengantin, Amira Othman Dipuji Semakin Berseri – “Ini Betul-Betul Vibes Nak Nikah!”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Tak Bagi Amira Othman Tengok ’11 Cinta Sebelum Kamu’ – “Orang Lain Boleh, Awak Jangan”



