29 Mac 2026 11:45pm
Masa membaca: 4 minit

Serpihan pesawat Boeing E-3 Sentry milik Tentera Udara Amerika Syarikat yang didakwa musnah dalam serangan balas Iran di pangkalan Arab Saudi. – Agensi
TEHERAN – Pasukan aeroangkasa Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) mendakwa telah menyerang pangkalan udara Prince Sultan Air Base di Arab Saudi, sekali gus memusnahkan sebuah pesawat amaran awal milik Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan Sputnik dan RIA Novosti, IRGC dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan serangan itu melibatkan penggunaan peluru berpandu dan dron.
IRGC mendakwa sekurang-kurangnya sebuah pesawat Boeing E-3 Sentry yang dilengkapi sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) telah dimusnahkan sepenuhnya, manakala pesawat lain di kawasan berhampiran mengalami kerosakan serius.
Menurut penyiar rasmi Iran yang memetik kenyataan IRGC, pesawat tersebut berupaya mengesan serta mengawal pergerakan pesawat dan operasi pangkalan udara.
Pada 28 Februari lalu, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran termasuk di Teheran, menyebabkan kerosakan serta korban awam.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan ke atas wilayah Israel dan kemudahan ketenteraan AS di Asia Barat. – Bernama
Ringkasan AI
- Pasukan IRGC mendakwa menyerang pangkalan udara di Arab Saudi.
- Serangan melibatkan penggunaan peluru berpandu dan dron.
- Pesawat Boeing E-3 Sentry milik AS didakwa dimusnahkan sepenuhnya.
- Pesawat tersebut mampu mengesan dan mengawal pergerakan udara.
- Iran bertindak balas terhadap serangan AS dan Israel dengan melancarkan serangan di Asia Barat.



