Baghdad: IRI, kumpulan bersenjata disokong Iran di Iran mengaku bertanggungjawab menembak jatuh pesawat pengisian bahan api tentera Amerika Syarikat (AS) di barat Iraq pada Khamis, lapor Reuters.
Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, ia menembak jatuh pesawat KC-135 itu “untuk mempertahankan kedaulatan dan ruang udara negara kita.”Terdahulu, sebuah pesawat pengisian bahan api udara KC-135 milik AS terhempas di barat Iraq, manakala sebuah lagi pesawat yang terbabit dalam insiden itu mendarat dengan selamat, kata tentera AS pada Khamis.
Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) yang bertanggungjawab terhadap pasukan AS di Timur Tengah, salah satu pesawat terhempas di barat Iraq, manakala pesawat kedua mendarat dengan selamat.
CENTCOM berkata, insiden itu bukan disebabkan oleh tembakan musuh atau tembakan rakan sendiri.
Tentera Iran bagaimanapun dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen negara mendakwa, sebuah kumpulan sekutu di Iraq menembak jatuh pesawat itu dengan peluru berpandu.
Menurut kenyataan itu, serangan berkenaan menyebabkan semua anak kapal pesawat terbunuh.
Insiden membabitkan KC-135 itu menjadikan sekurang-kurangnya pesawat tentera AS keempat yang hilang sepanjang perang di Timur Tengah, selepas tiga pesawat F-15 ditembak jatuh oleh tembakan rakan sendiri di Kuwait.
© New Straits Times Press (M) Bhd




