Kalau sebut nama Isa Isarb, memang ramai dah tahu dia ni rajin buat content yang mencabar norma biasa.
Tapi kali ini, dia tampil dengan idea yang lagi ekstrem bila sanggup berkhemah di lereng gunung berapi aktif, Gunung Bromo di Indonesia!
Isa Isarb buat content luar biasa

Dalam perkongsian terbarunya, Isa dilihat duduk santai di atas kerusi sambil menikmati pemandangan ‘menakutkan’ dari kawah gunung yang mengeluarkan wap sulfur.
Lokasi tu bukan biasa-biasa tau, sebab ia betul-betul di tepi kawah gunung berapi yang masih aktif.
Kata Isa, mereka akan duduk di tepi gunung itu setakat mana yang boleh kerana mungkin tidak diizinkan untuk tempoh seharian.
Kita akan camping sama ada dekat tepi ni, sebab sehari beribu orang naik ke atas tapi tiada siapa yang pernah camping. So kita cuba.
Tambahnya lagi, jika tidak berjaya camping di situ, mereka akan beralih ke kawasan lain yang menampakkan gunung berapi itu.
Video penuh:
Berdasarkan video penuh yang dimuat naik, Isa dan pasukannya beralih ke kawasan lain yang dibenarkan untuk bermalam.




