Isaac Angking akhirnya pilih Puerto Rico

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Impian peminat bola sepak tanah air untuk melihat pemain ada darah Malaysia, Isaac Angking untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya tidak tercapai apabila pemain itu memilih Puerto Rico.

Angking beraksi bersama negara itu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 zon Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) menentang St Kitts and Navis semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama dimana beliau diberikan jersi bernombor 10 dan dia beraksi sehingga minit ke-64 sebelum digantikan dengan Wilfredo Rivera.

Meskipun diperkuatkan dengan Angking, namun Puerto Rico gagal meraih kemenangan ke atas St Kitts and Navis apabila mereka tewas dengan keputusan 1-0.

Angking yang merupakan bekas pemain New England Revolution di saingan Major League Soccer (MLS) itu mempunyai pertalian dengan Malaysia melalui ibunya yang berasal dari Sarawak.

Menurut undang-undang yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), seorang pemain itu tidak dibenarkan untuk menukar skuad kebangsaan yang diwakili apabila sudah beraksi dalam perlawanan rasmi yang dikelola badan bola sepak dunia itu.

Juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini berminat untuk mendapatkan khidmat Angking. – MalaysiaGazette