Isak yakin Newcastle mampu layak ke UCL

Isak yakin Newcastle mampu layak ke UCL

Nottingham, United Kingdom: Alexander Isak berkata Newcastle percaya mereka akan layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas pemain Sweden itu menjaringkan dua gol, termasuk penalti pada masa kecederaan untuk menewaskan Nottingham Forest 2-1 awal pagi tadi.

Kemenangan melonjakkan Magpies kedudukan kelima, satu mata di belakang Tottenham yang berada di tangga keempat dan dengan masih berbaki satu perlawanan di tangan dan akan menentang Spurs selepas ini.

“Kami percaya dan kami tahu kami memilikinya dan kami mempunyai peluang yang baik,” kata Isak selepas Newcastle akan memulakan rehat antarabangsa dengan kemenangan berturut-turut.

“Amat penting bila kami memasuki rehat dengan perasaan yang baik apabila meraih dua kemenangan dari dua perlawanan.”

Ia adalah kekalahan pertama Forest di tempat sendiri dalam Liga sejak September dan kini menyaksikan anak buat Steve Cooper dua mata di atas zon penyingkiran.

“Ia sentiasa menjadi cara paling teruk bila kalah dalam tempoh beberapa minit terakhir. Selepas berusaha keras bertarung dalam permainan.

“Kami membuat beberapa keputusan yang teruk untuk mencari gol dan itu adalah sesuatu yang kami hanya boleh menyalahkan diri kami sendiri.”

Newcastle menamatkan penantian hampir dua bulan untuk meraih kemenangan Liga Perdana pada hujung minggu lalu selepas menewaskan Wolves di City Ground.

© New Straits Times Press (M) Bhd