ISIS ancaman keamanan di Asia Tenggara

ISIS ancaman keamanan di Asia Tenggara

SINGAPURA: Kumpulan pengganas ISIS kekal sebagai ancaman pengganasan nombor satu di Asia Tenggara, menurut Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2021 oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.

Menurut laporan itu, rantau ini masih lagi menjadi sebahagian daripada ‘khilafah sejagat’ kumpulan pengganas itu, dengan Filipina dan wilayah Rakhine di Myanmar dijadikan medan jihad bagi penyokong pemimpin kumpulan itu.

Namun, jumlah dan skala komplot serangan pengganas termasuk kumpulan yang menyokong ISIS di rantau ini berkurangan pada 2019 dan 2020 disebabkan oleh langkah-langkah anti pengganasan yang ketat, lapor MediaCorp.

Malah, sekatan perjalanan disebabkan oleh pandemik COVID-19 menghalang pergerakan penyokong kumpulan itu di rantau ini, melakukan perjalanan ke zon konflik di Syria atau Iraq.

Di Indonesia misalnya, terdapat sekurang-kurangnya 29 serangan pengganas dan 25 komplot yang berjaya ditumpaskan dari 2019 hingga ke hari ini, membabitkan kumpulan kecil atau anggota perseorangan yang didorong oleh ISIS.

Pada 28 Mac lalu, sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan Jemaah Ansharut Daulah (JAD), yang menyokong ISIS meletupkan bom di luar sebuah gereja di Makassar, Sulawesi Selatan dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang awam cedera.

Di Malaysia pula, pihak berkuasa mematahkan tiga pakatan untuk melancarkan serangan oleh kumpulan militan dari pelbagai negara pada 2019 dan 2020.

“Penyokong ISIS di Asia Tenggara juga menyebarkan ideologi ganas ISIS melalui ruang-ruang siber dan secara aktif menyampaikan propaganda kumpulan tersebut dalam bahasa Indonesia dan Tagalog.

“Pada April lalu, seorang wanita rakyat Malaysia yang juga penyokong ISIS dilaporkan menjadi pentadbir utama kumpulan sembang pro ISIS serantau menerusi aplikasi WhatsApp,” kata laporan itu.

Dengan lebih ramai orang meluangkan lebih banyak masa online sepanjang pandemik COVID-19, penyebaran propaganda radikal boleh mewujudkan lebih banyak kes individu yang menjadi radikal pada masa akan datang.

Laporan itu juga berkata, rantau Asia Tenggara turut berdepan ancaman daripada kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), yang terus merekrut anggota baharu dan beroperasi di Indonesia menerusi rangkaian sekolah-sekolah dan yayasan kebajikannya.

JI juga dilaporkan mengerahkan anggotanya menjalani latihan pertempuran daripada kumpulan militan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda di Syria.

Laporan itu juga berkata, oleh kerana Singapura sebuah masyarakat terbuka, rakyatnya mudah terdedah kepada pengaruh yang disebabkan oleh perkembangan luar dan ini boleh meninggalkan kesan pada landskap keselamatan dalam negara. – AGENSI

Pihak berkuasa Indonesia juga dilaporkan berhasil mematahkan dua komplot berasingan oleh kumpulan-kumpulan militan yang ada kaitan dengan JI pada 2020 dan 2021. Sasaran mereka termasuk para pekerja dan perniagaan Cina di Indonesia.

Perkembangan-perkembangan itu menjadi petanda bahawa JI berkemungkinan sedang membangunkan semula keupayaan-keupayaan tenteranya dan mungkin melancarkan semula pengganasan di Indonesia.

Pembebasan dua pengganas berprofil tinggi daripada penjara yang ada kaitan dengan JI sejak dua tahun lalu – iaitu warga Malaysia Yazid Sufaat dan rakyat Indonesia Abu Bakar Bashir – juga menjadi kebimbangan.

Ini kerana pembebasan mereka boleh menyatukan dan menguatkan semangat para penyokong JI di rantau ini, menurut MHA.

Oleh kerana Singapura merupakan sebuah masyarakat terbuka, rakyat Singapura mudah terdedah kepada pengaruh-pengaruh yang disebabkan oleh perkembangan luar dan ini boleh meninggalkan kesan pada landskap keselamatan dalam negara, tambah MHA. – AGENSI

Sejauh ini, tiada pergerakan besar pengganas asing dari zon-zon konflik. Usaha untuk pulang ke negara masing-masing sebahagiannya terhambat oleh cabaran dan sekatan-sekatan perjalanan dek COVID-19.

Sekalipun demikian, apabila mereka akhirnya melakukan perjalanan pulang, para pengganas asing itu – yang lebih tegas ideologinya, berkemahiran dalam taktik serangan dan terhubung dengan rangkaian pengganas – akan menjadi ancaman yang serius.

Mereka yang terus berada di zon-zon konflik juga menimbulkan ancaman keselamatan menerusi keupayaan mereka untuk mengarahkan kegiatan pengganasan di rantau ini.

AL-QAEDA BINA SEMULA KUMPULAN

Kumpulan Al-Qaeda sudah beberapa kali kehilangan pemimpin kanannya pada tahun 2020. Namun ia masih dapat bertahan disebabkan oleh “strategi percaturan jangka panjang” untuk mendapatkan sokongan dalam kalangan masyarakat tempatan menerusi sekutu-sekutu serantaunya.

Ia terus menggunakan ruang-ruang yang kurang ditadbir urus, zon-zon konflik dan kelemahan dari segi keselamatan untuk merekrut dan menjalankan kegiatannya, menurut MHA.

Beberapa tahun kebelakangan ini, sekutu Al-Qaeda di Sahel dan Afrika Timur berhasil menjalankan kegiatannya.

Sebelum tahun 2015, Pusat Al-Qaeda melaporkan ia sudah mengarahkan sebahagian sekutunya supaya jangan melancarkan serangan ke atas negara-negara Barat buat sementara waktu. Namun, mungkin ada tanda-tanda bahawa ia sudah kembali mengatur serangan-serangan yang disasarkan ke atas negara-negara Barat.

Pada Disember 2020, seorang warga Kenya yang merupakan anggota Al Shabaab, iaitu sekutu Afrika Timur Al-Qaeda, didakwa di Amerika Syarikat kerana merancang untuk melancarkan serangan yang serupa dengan serangan 9/11 ke atas sebuah bandar di Amerika Syarikat. Namun tidak didedahkan bandar mana yang menjadi sasarannya.

Kurangnya kawalan keselamatan yang akan berlaku menyusuli penarikan balik tentera Amerika dari Afghanistan menjelang bulan depan juga boleh menyebabkan Al-Qaeda dan ISIS-Khorasan bangkit semula di Afghanistan.

ANCAMAN JEMAAH ISLAMIYAH MASIH WUJUD

Asia Tenggara juga berdepan ancaman daripada kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). Kumpulan itu kekal komited untuk menubuhkan sebuah khilafah di Indonesia dan mungkin di rantau ini.

Meskipun berlaku pemberkasan sekitar 160 anggota JI termasuk beberapa pemimpin kanannya sejak 2019, JI terus merekrut anggota baru dan beroperasi di Indonesia menerusi rangkaian sekolah-sekolah dan yayasan kebajikannya.

JI juga terus memperluaskan aliran dananya menerusi perniagaan-perniagaan sah dan menjalankan usaha pengumpulan dana di sebalik inisiatif-inisiatif kemanusiaan bagi pandemik COVID-19 dan konflik-konflik luar negara.

JI juga dilaporkan mengerahkan rekrutnya untuk menjalani latihan-latihan pertempuran daripada kumpulan-kumpulan militan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda di Syria.

Sebahagiannya sudah pulang ke Indoneisa untuk menurunkan kemahiran tersebut kepada anggota-anggota JI yang lain.

Pihak berkuasa Indonesia juga dilaporkan berhasil mematahkan dua komplot berasingan oleh kumpulan-kumpulan militan yang ada kaitan dengan JI pada 2020 dan 2021. Sasaran mereka termasuk para pekerja dan perniagaan-perniagaan Cina di Indonesia.

Perkembangan-perkembangan itu menjadi petanda bahawa JI berkemungkinan sedang membangunkan semula keupayaan-keupayaan tenteranya dan mungkin melancarkan semula pengganasan di Indonesia.

Pembebasan dua pengganas berprofil tinggi daripada penjara yang ada kaitan dengan JI sejak dua tahun lalu – iaitu warga Malaysia Yazid Sufaat dan rakyat Indonesia Abu Bakar Bashir – juga menjadi kebimbangan.

Ini kerana pembebasan mereka boleh menyatukan dan menguatkan semangat para penyokong JI di rantau ini, menurut MHA.

Oleh kerana Singapura merupakan sebuah masyarakat terbuka, rakyat Singapura mudah terdedah kepada pengaruh-pengaruh yang disebabkan oleh perkembangan luar dan ini boleh meninggalkan kesan pada landskap keselamatan dalam negara, tambah MHA. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top