Ismanira Dakwa Penagih Dadah, Pedofilia B*nuh Zayn Rayyan

 Ismanira Dakwa Penagih Dadah, Pedofilia B*nuh Zayn Rayyan

Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen individu seperti penagih dadah atau pedofilia, iaitu mereka yang mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak berpotensi menjadi pelaku jenayah terhadap anak lelakinya yang merupakan seorang kanak-kanak autisme.

Kenyataan itu dibuat oleh Ismanira Abdul Manaf, 29, ketika memberi keterangan prosiding pertama perbicaraan bela diri berhubung pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak berkenaan.

Perbicaraan tersebut berlangsung di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Maklumat Diperoleh Daripada Polis

Menurut Ismanira, maklumat tersebut diperoleh selepas dia ada bertanya kepada pihak polis mengenai kecederaan yang dialami  Zayn Rayyan ketika berada di unit forensik Hospital Sungai Buloh.

Ismanira menjelaskan, ketika melihat keadaan jenazah anaknya, Zayn Rayyan dilihat mengalami luka di bahagian kepala, lebam di sekitar mata, serta terdapat darah keluar dari hidung, manakala mulutnya tidak tertutup rapat.

Keadaan Fizikal Zayn Rayyan Menyedihkan

Tambah Ismanira lagi, beberapa keadaan fizikal lain turut diperhatikan yang menunjukkan tanda-tanda penderaan atau kecederaan berat.

“Perut arwah Zayn Rayyan kelihatan kembung, kakinya pula kecut, kulitnya bertukar menjadi putih dan mengeluarkan bau busuk,” katanya semasa disoal oleh peguam bela, Haresh Mahadevan.

Dalam prosiding sama, Haresh turut bertanya kepada Ismanira sama ada dia ada menghubungi pihak polis dan bertanya tentang siapa yang disyaki melakukan jenayah tersebut terhadap anaknya.

“Saya ada tanya pihak polis. Mereka jawab, ada beberapa suspek, tetapi siasatan masih dijalankan. Polis syak dua golongan itu (penagih dadah dan pedofilia) mungkin terlibat,” kata Ismanira ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pada pagi Isnin, mahkamah membebaskan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari berhubung kes terbabit, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Manakala, dia diminta untuk membela diri berkaitan kes pengabaian kanak-kanak malang itu.

Terdahulu, pada 13 Jun 2024, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak mereka sehingga menyebabkan kematian yang didakwa berlaku antara jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023, melibatkan kawasan kediaman mereka sehingga ke lokasi penemuan mayat.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Bunuh Zayn Rayyan: Bapa Dilepas, Ibu Diminta Bela Diri

ARTIKEL BERKAITAN:DNA Sahkan Kesan Darah Di Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Daun Pulai Ditemui Dalam Perut & Tiada DNA Asing Dalam D*bur Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN:Kelenjar Tiriod Lebam, Zayn Rayyan M*ti Dijerut.. Dub*r Koyak Dimasukkan Objek Tumpul – Pakar Forensik

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Nak B*nuh Orang Saja, Lantaklah Hidup Ke M*ti” – Polis & Saksi Dedah Mesej Pada Hari Zayn Rayyan Hilang

ARTIKEL BERKAITAN:Kes B*nuh Zayn Rayyan: Pengasuh Dakwa Dengar Suara Cuba Lepaskan Diri

 

Sumber: Sinar Harian

Scroll to Top