Baitulmaqdis: Tentera Israel pada Sabtu memaklumkan pasukannya menyerang sebuah kemudahan yang terletak dalam sebuah universiti di Tehran yang didakwa digunakan untuk membangunkan komponen bagi senjata nuklear.
Tentera Israel berkata, kemudahan Universiti Malek-Ashtar itu digunakan oleh industri ketenteraan dan rangkaian peluru berpandu balistik Iran untuk membangunkan komponen senjata nuklear dan senjata.
Menurut tentera Israel, Universiti Malek-Ashtar berada di bawah Kementerian Pertahanan Iran.
“Universiti Malek-Ashtar berada di bawah Kementerian Pertahanan Iran.
“Ia dikenakan sekatan antarabangsa susulan aktiviti dan usaha yang dilakukannya selama bertahun-tahun untuk memajukan program nuklear Iran serta membangunkan peluru berpandu balistik,” tambah tentera itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




