Israel dakwa peluru berpandu dilancarkan Houthi dari Yemen

Israel dakwa peluru berpandu dilancarkan Houthi dari Yemen
Israel pintas peluru berpandu dilancarkan oleh kumpulan Houthi dari Yaman ke arah Beersheba. Foto Agensi

Israel pintas peluru berpandu dilancarkan oleh kumpulan Houthi dari Yaman ke arah Beersheba. Foto Agensi

TEL AVIV – Tentera Israel mendakwa telah memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari wilayah Yaman oleh kumpulan Houthi, dalam satu lagi serangan yang didakwa sebagai tanda solidariti terhadap Gaza.

Menurut kenyataan rasmi pada Sabtu, peluru berpandu tersebut dipercayai berjaya dipintas sebelum memasuki wilayah Israel.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, mengesahkan bahawa kumpulan berkenaan bertanggungjawab terhadap serangan itu dan menyatakan mereka telah menembak peluru berpandu ke arah bandar Beersheba di selatan Israel.

Sejak tercetusnya perang di Gaza pada Oktober 2023, kumpulan Houthi yang disokong Iran dan menguasai sebahagian besar wilayah Yaman telah melancarkan pelbagai serangan ke arah Israel serta kapal-kapal di Laut Merah, sekali gus menjejaskan aliran perdagangan global.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada puluhan peluru berpandu dan dron yang dilancarkan telah berjaya dipintas atau jatuh sebelum mencapai sasaran.

Sebagai tindak balas, Israel telah melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas sasaran Houthi di Yaman.

Pihak berkuasa Israel turut memberi amaran akan mengenakan sekatan laut dan udara terhadap Yaman sekiranya serangan oleh kumpulan Houthi terus berlanjutan. – Agensi

Scroll to Top