Israel didakwa serang markas UNIFIL libatkan pengaman Indonesia

Israel didakwa serang markas UNIFIL libatkan pengaman Indonesia
Israel didakwa serang markas UNIFIL libatkan pengaman Indonesia

Anggota TNI Kontinjen Garuda yang menyertai misi UNIFIL di Lubnan. Foto Agensi

BEIRUT – Misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) mengesahkan seorang anggota pengaman terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam satu insiden letupan di selatan negara itu, awal pagi Isnin, lapor Tempo.

Menurut kenyataan rasmi, letupan berpunca daripada projektil yang berlaku pada Ahad malam di salah satu posisi UNIFIL berhampiran Adshit al-Qusayr, dalam daerah Marjayoun.

“Kami masih belum dapat mengenal pasti punca projektil berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan keadaan sebenar kejadian,” menurut UNIFIL.

Bagaimanapun, laporan Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) mendakwa serangan artileri Israel menyasarkan markas UNIFIL yang menempatkan kontinjen Indonesia di kawasan tersebut.

Setakat ini, identiti anggota yang terkorban masih belum didedahkan, dan tiada pengesahan bahawa mangsa merupakan anggota dari Indonesia.

Dalam pada itu, laporan berkenaan menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap anggota pengaman adalah pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta bertentangan dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1701.

Malah, tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai jenayah perang sekiranya terbukti dilakukan dengan sengaja.

Sehingga kini, pihak berkuasa Israel masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut. – Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang anggota pengaman UNIFIL terbunuh dan seorang cedera akibat letupan di selatan Lubnan.
  • Letupan itu disebabkan projektil di posisi UNIFIL berhampiran Adshit al-Qusayr.
  • Laporan mendakwa serangan artileri Israel menyasarkan markas UNIFIL dengan kontinjen Indonesia.
  • Identiti anggota yang terkorban belum didedahkan; tiada pengesahan mangsa dari Indonesia.
  • Serangan terhadap pengaman melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan boleh dianggap jenayah perang.
Scroll to Top