
Ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat kedua pada Ramadan di pekarangan al-Aqsa pada minggu lalu. – Foto AFP
BAITULMAQDIS – Israel menutup Masjid al-Aqsa selama tiga hari berturut-turut dan melarang umat Islam menunaikan solat di tapak suci itu pada minggu kedua Ramadan.
Penduduk Palestin yang turut terkena tempias konflik Iran bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel mengutuk pelanggaran tersebut.
“Ia merupakan sebahagian daripada rancangan keji Israel mahu mengeksploitasi krisis di Asia Barat dengan mengenakan sekatan ketat ke atas al-Aqsa,” kata Imam Kanan, Sheikh Ikrima Sabri.
Menurut notis terbaharu Zionis, masjid ketiga paling suci orang Islam di Baitulmaqdis itu akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak dengan aktiviti terhad dibenarkan.
Kira-kira 1,000 penduduk Kota Lama itu termasuk imam kanan dan kira-kira 39 kakitangan yang menguruskan al-Aqsa telah menerima notis larangan masuk berkenaan.
Difahamkan, langkah penutupan ketika Ramadan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Tindakan itu pernah dibuat ketika ketegangan meningkat di Baitulmaqdis pada 2014 dan 2017. – Agensi
Ringkasan AI
- Israel menutup Masjid al-Aqsa selama tiga hari berturut-turut pada minggu kedua Ramadan
- Penduduk Palestin mengutuk tindakan larangan solat di Masjid al-Aqsa
- Sheikh Ikrima Sabri menyatakan penutupan masjid sebagai rancangan eksploitasi krisis oleh Israel
- Masjid ditutup untuk tempoh tidak ditentukan dengan aktiviti terhad dibenarkan
- Sekitar 1,000 penduduk termasuk imam dan kakitangan diberi notis larangan masuk



