Israel terus ceroboh selatan Lubnan

Israel terus ceroboh selatan Lubnan
Israel terus ceroboh selatan Lubnan

Kempen pengeboman ke atas selatan Beirut semakin sengit.

TEL AVIV – “Israel sedang menubuhkan zon penampan yang lebih meluas di selatan Lubnan.”

Kempen pencerobohan secara terang-terangan ke atas Beirut itu diumumkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pada Rabu atas alasan untuk mengusir pejuang Hizbullah dari kawasan sempadan.

Pemimpin ‘ekstremis’ itu dengan angkuh menyatakan rejim Tel Aviv mahu mengubah situasi di Beirut kononnya dengan menghapuskan kumpulan proksi Iran tersebut.

Kenyataan itu memberi isyarat tentang kemungkinan penempatan pasukan Zionis untuk tempoh jangka panjang di selatan Lubnan selepas ia merancang mahu merampas Sungai Litani untuk mewujudkan ‘zon keselamatan’.

Pada awal bulan lalu, pemimpin negara itu mencadangkan rundingan dan turut menerima rangka kerja dikemukakan Perancis sebagai asas perbincangan tersebut, namun ia masih belum diterima secara rasmi oleh Israel setelah konflik baharu itu meragut lebih 1,000 nyawa.

Sementara itu, Setiausaha Agung Hizbullah, Sheikh Naim Qassem menegaskan mereka tidak akan menyerah kalah dan bersedia melawan musuh hingga ke titisan darah terakhir. – Agensi

Ringkasan AI

  • Israel sedang menubuhkan zon penampan yang lebih luas di selatan Lubnan
  • Kempen pencerobohan ke atas Beirut diumumkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan alasan untuk mengusir pejuang Hizbullah
  • Netanyahu menyatakan hasrat untuk mengubah situasi di Beirut dengan menghapuskan kumpulan proksi Iran
  • Israel merancang mahu merampas Sungai Litani untuk mewujudkan zon keselamatan
  • Setiausaha Agung Hizbullah, Sheikh Naim Qassem menegaskan tidak akan menyerah dan bersedia melawan hingga titisan darah terakhir
Scroll to Top